Thursday, October 21, 2010

Raja Nong Chik di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010

Seperti biasa, setiap tahun bangunan PWTC akan sesak dan meriah sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bermula dari 21 hingga 23 Oktober 2010.


Bergambar bersama para perwakilan dan para pemimpin UMNO.


Bersama para menteri di luar PWTC.

Selamat bersidang Dato Raja Nong Chik!

Wednesday, October 13, 2010

Raja Nong Chik hulurkan sumbangan kepada bakal haji

Sempena musim haji yang akan tiba bulan hadapan, Raja Nong Chik telah menghulurkan sumbangan kepada bakal-bakal haji yang akan bertolak. Berikut antara gambar yang sempat dipetik dari Facebook beliau.


Bersama bakal haji dari kawasan Lembah Pantai yang tidak dapat hadir ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BN Lembah Pantai.


Bersama bakal haji kakitangan DBKL


Bersama bakal haji kakitangan PPj dan PTG Wilayah Persekutuan

Monday, October 11, 2010

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa

YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Dato' Raja Nong Chik telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa.

Ini merupakan kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia turun pandang dan melihat keadaan rakyat di sekitar Taman Seri Sentosa.


Bersama ahli silat yang menyambut ketibaan PM.


Antara rakyat berbilang kaum yang turut hadir untuk berjumpa dengan PM.


PM dan YB Menteri bersalaman dengan rakyat.


PM dan YB Menteri turut melawat sambil menghulurkan sumbangan kepada penghuni flat.


Dato Raja Nong Chik menghulurkan sumbangan kepada bakal haji yang angkat bertolak ke Makkah.

Gambar dipetik dari Facebook Raja Nong Chik.

Dato' Raja Nong Chik dapatkan sumbangan RM6.5 juta untuk baik pulih 59 flat di Taman Seri Sentosa



KUALA LUMPUR 10 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM6.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih 59 blok flat di tiga kawasan sekitar Parlimen Lembah Pantai di ibu kota.

Perdana Menteri berkata, jumlah itu adalah bagi kerja mengecat 59 buah blok di Taman Seri Sentosa, Taman Sri Pinang dan Taman Ria AC4 di Jalan Klang Lama serta usaha menggantikan empat buah lif dan membaiki lif-lif lain di penempatan tersebut.

Jelas Najib, kesemua usaha baik pulih itu akan dipantau oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyerahkan laporan kemajuan projek tersebut terus kepada beliau dua kali sebulan sepanjang pelaksanaan projek tersebut.

Katanya, usaha baik itu perlu dilaksanakan demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk pelbagai kaum yang telah tinggal di situ sejak lebih 20 tahun lalu.

"Saya mendengar keluhan dan rintihan masyarakat di Taman Seri Sentosa, Taman Seri Pinang dan Taman Ria, yang di mana kawasan ini adalah kawasan pemindahan banjir. Alhamdulillah, kawasan ini tidak lagi dilanda banjir.

"Jadi, saya harap kawasan ini akan kekal sebagai satu model (penempatan) komuniti 1Malaysia yang boleh kita banggakan," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai di sini.

Lebih 22,000 penduduk kawasan sekitar hadir ke majlis rumah terbuka yang berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang tersebut.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Pengerusi BN Lembah Pantai serta beberapa pemimpin komponen BN Pusat dan dari kawasan berkenaan.

Sementara itu, Raja Nong Chik dalam ucapannya memberitahu, beliau telah banyak menerima aduan daripada penduduk di situ mengenai keadaan blok perumahan mereka yang kelihatan usang akibat tidak pernah dicat semula selepas dibina lebih 20 tahun lalu.

Pada majlis tersebut, Najib turut mengadakan kunjungan mesra ke atas tiga keluarga penduduk di situ serta menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada mereka.

Selepas Perdana Menteri beredar untuk jadual beliau seterusnya, Raja Nong Chik kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada 60 penduduk Lembah Pantai yang akan menunaikan ibadat haji musim ini.

Selain sumbangan dalam bentuk peralatan mengerjakan haji dan wang tunai, para penerima berkenaan turut didaftarkan secara automatik sebagai penerima Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan.

Skim yang boleh disertai oleh warga ibu kota dengan bayaran minimum RM5 itu membolehkan peserta mendapatkan RM2,500 dalam bentuk khairat kematian.

Friday, October 8, 2010

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Perbadanan Labuan


Dato' Raja Nong Chik telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Perbadanan Labuan.


Majlis itu telah diadakan pada 7 Oktober 2010 bersamaan 28 Syawal 1431H di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Federal Territories new official song in process of getting Agong's consent: Raja Nong Chik



KUALA LUMPUR: The new official song for the Federal Territories (FT) which had been approved by the Cabinet, is in the process of obtaining the consent of Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said the latest development on the song was expected to be announced by the ministry's secretary-general Datuk Ahmad Phesal Talib soon.

He said this to reporters after opening the commercial premises called Anjung Niaga of the At-Taqwa Mosque in Taman Tun Dr Ismail, here, today.


Raja Nong Chik was reported before to have said that the new Federal Territories' song with a more upbeat tempo, had lyrics that were more in tune with the 1Malaysia spirit.

According to the plan, the existing song, "Maju dan Sejahtera", will be replaced before next year's Federal Territories Day celebration.

There had been various reactions from several quarters including Barisan Nasional and opposition members of parliament to the proposed song change.

Meanwhile, Raja Nong Chik said the building of Anjung Niaga showed the close cooperation of residents in the area which should be emulated by others.

Anjung Niaga is a RM690,000 two-storey building comprising 10 shoplots and office space, the construction of which was fully funded by donations from the residents.

Source: NST